#Sebanyak 10 individu melecur akibat terkena letupan bunga api di kawasan Kompleks Sukan Pandamaran di sini malam ini.
Difahamkan, kesemua mangsa sedang menyaksikan pertunjukan bunga api sempena sambutan tahun baharu.
#Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.10 tengah malam dan satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang bersama tujuh anggota dihantar ke tempat kejadian.
#Menurutnya, setibanya di lokasi terdapat tujuh mangsa melecur ringan di kaki dan tiga lagi agak parah.
#“Tujuh yang cedera ringan diberi rawatan oleh pasukan perubatan di tempat kejadian sementara tiga lagi mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut, ” katanya